Kemahiran generik didefinisikan oleh Kearns
(2001) sebagai kemahiran-kemahiran yang boleh digunakan merentasi sebilangan
besar pekerjaan yang pelbagai. Ia bukan hanya merangkumi asas ketrampilan atau
kemahiran asas malahan juga merangkumi kemahiran kognitif, personal dan
interpersonal yang relevan dengan sesuatu pekerjaan. Kemahiran generik adalah
kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan untuk mendapatkan, mengekalkan dan
melakukan kerja dengan baik (Robinson, 2000).
Manakala dalam penulisan Yahya (2002),
yang menggunakan istilah kemahiran employabiliti adalah merujuk kepada
kemahiran atau kualiti individu yang diperlukan oleh para majikan industri
terhadap pekerja baru apabila mereka mula bekerja di sektor industri tersebut.
Kemahiran generik adalah penting kerana
pekerjaan pada hari ini memerlukan pekerja yang fleksibel, inisiatif dan
berkebolehan untuk menyelesaikan tugas yang berbeza. Pekerja bukan lagi hanya
melakukan kerja yang tertentu sahaja seperti dahulu tetapi mereka secara
umumnya lebih kepada berorientasikan perkhidmatan, bermaklumat dan mempunyai
kemahiran sosial yang menjadi semakin penting. Majikan sekarang pula memberikan
fokus kepada perubahan, pengurangan kos, peningkatan produktiviti, pasaran
baru, produk dan perkhidmatan (Australian Chamber of Commerce and Industry
Council, 2002).
Menurut Sharifah Hapsah (2005), jaminan
kualiti di IPT adalah untuk memastikan graduan yang dilahirkan mempunyai
kemahiran teknikal dan praktikal, profesional, kemahiran pengurusan pemikiran
teknikal, kemahiran komunikasi dan kemahiran pengurusan maklumat serta
pembelajaran sepanjang hayat. Jabatan Pendidikan Tinggi (2003) pula meletak
standard bagi semua kurikulum dalam pendidikan tinggi di Malaysia harus
mempunyai rekabentuk yang menerapkan kemahiran generik yang meliputi :
- kemahiran berfikir, bertindak, mengadaptasi, menyelesai masalah dan membuat keputusan
- kemahiran interpersonal dan berkomunikasi
- kemahiran ICT, multimedia dan kemahiran pengurusan maklumat
- kemahiran kepimpinan,
- kemahiran keusahawanan
Kemahiran generik yang disebutkan juga
termasuklah kepada bakal para guru yang akan menjadi agen sosialisasi dalam
masyarakat. Guru seharusnya mempunyai segala kemahiran generik yang bersesuaian
dengan keperluan pendidikan masa kini di samping ilmu pengetahuan berkaitan
matapelajaran yang diajar. Menurut Mok Soog Sang (2003), penggunaan dan
penerapan kemahiran generik secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran
amat bergantung kepada penguasaan kemahiran pengintergrasiannya dengan
kemahiran–kemahiran yang lain seperti kemahiran berfikir, kemahiran
pemudahcaraan, kemahiran belajar, kemahiran menilai dan menaksir dalam
pengajaran, dan tidak kurang pentingnya kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi.
Salah satu eleman kemahiran generik
ialah kemahiran kepimpinan. Menurut Husin @ Ibrahim Bin Mamat kepimpinan ialah
perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa,
dan bertindak dengan cara- cara tertentu.
KEMAHIRAN
KEPIMPINAN
- Kemahiran kepimpinan melibatkan keupayaan untuk mengamalkan ciri kepimpinan dalam pelbagai aktiviti.
- Berpengetahuan tentang teori asas kepimpinan.
- Kebolehan untuk memimpin projek.
- Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan.
- Kebolehan untuk menyelia anggota pasukan
PEMIMPIN
KARISMATIK
DEFINISI
KARISMA
- Daya penarik yang berupa sifat- sifat tertentu yang dimiliki oleh seseorang yang menjadikannya berupaya mempengaruhi orang lain.
- Sebuah bentuk pengaruh yang bukan didasarkan pada tradisi atau otoriti formal tetapi lebih kepada persepsi pengikut bahawa pemimpin dianugerahkan dengan kualiti yang luar biasa (Max Weber, 1947).
- Suatu hasil persepsi para pengikut yang dipengaruhi oleh kemampuan-kemampuan semulajadi dan perilaku daripada para pemimpin dalam konteks situasi kepemimpinan dan dalam keperluan individual mahupun kolektif para pengikut (Yukl, 1994:269).
JENIS-
JENIS PEMIMPIN KARISMATIK
Pemimpin
karismatik berasaskan kritik. Pendapat
oleh Stephan P. Robbin (2000):
- yakin diri
- satu visi (menetapkan matlamat)
- mempunyai keupayaan untuk menyampaikan visi
- penegasan terhadap visi
- sifat luar biasa
- dianggap sebagai agen perubahan
- sensitif terhadap persekitaran
- menyelesaikan masalah secara luar norma
CIRI-CIRI
PEMIMPIN KARISMATIK
- Seorang pemimpin perlu mempunyai sifat nurturing in guidance iaitu sifat mendidik dan memberi panduan kepada pekerja.
- Kesalahan pekerja dalam tugasannya akan diperbetulkan oleh majikan.
- Pemimpin tidak harus mempunyai sikap menghukum sebaliknya memberi pengajaran kepada pekerja.
- Pekerja berasa selasa bekerja dengan majikan dan hal ini mendorong pekerja untuk lebih komited dalam tugasan.Keadaan ini menjamin kecemerlangan organisasi.
- Pemimpin berkebolehan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi organisasi termasuk masalah yang tidak diduga (leader must know what to do).
- Pemimpin mampu meramal masalah yang akan dihadapi oleh organisasi dan mempunyai strategi alternatif untuk menyelesaikan masalah.
- Pekerja meletakkan kepercayaan kepada pemimpin dalam mentadbir urus organisasi.
- Pekerja dan pemimpin bekerjasama dalam menangani masalah yang dihadapi organisasi, seterusnya dapat memperkasakan organisasi.
- Pemimpin perlu mempunyai keazaman yang tinggi dalam mencapai objektif organisasi.
- Hal ini mendorong pemimpin memikirkan pelbagai metode yang sesuai untuk merealisasikan matlamat organisasi.
- Pemimpin juga perlu kreatif dan inovatif dalam menghasilkan dasar yang mampu memajukan organisasi.
- Pekerja akan menyokong idea yang diketengahkan oleh pemimpin dan berusaha melaksanakan dasar ditetapkan.
- Merujuk kepada sifat pemimpin yang mempunyai nilai moral seperti budi baik, tidak angkuh.
- Pemimpin juga percaya kepada collective action iaitu yakin kepada tugas yang diberikan kepada pekerja.
- Sentralisasi kuasa- pekerja terlibat sama dalam proses membuat keputusan dimana cadangan yang diketengahkan oleh pekerja dipertimbangkan.
- Keputusan yang diperolehi lebih menguntungkan organisasi.
CIRI-CIRI
PENTING LAIN BAGI SEORANG PEMIMPIN
1.
Berpengetahuan
- Dalam menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan , seseorang pemimpin itu juga mestilah berpengetahuan.
- Himpunan ilmu akan terikat untuk dipindahkan kepada pekerja-pekerja.
- Contoh : berpengetahuan teknologi
- Pemimpin boleh menghayati sesuatu kerja dengan penuh penjelasan tentang perilaku melakukannya, dan bukan semata-mata mampu melakukan kerja-kerja kompleks untuk pekerja-pekerja melakukannya.
- Menggunakan akal kebijaksanaan.
2.
Pendorong
- Untuk merealisasikan kecemerlangan di dalam sesuatu organisasi, seseorang pemimpin perlu memberi dorongan kepada pekerjanya.
- Sebagai usaha untuk memupuk pekerja melakukan kerja dengan cara terbaik
- Gelagat/ sikap yang ada pada pekerja boleh dikesan dan dikenalpasti oleh pemimpin.
- Model oleh Abraham Maslow – “tingkat kehendak Maslow”: meletakkan manusia sebagai makhluk yang mempunyai peringkat tertentu.
3.
Nilai dan etika
- Untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi, seseorang pemimpin perlu mempunyai nilai dan etika- merumus, memperjelas and menghayati budaya kecemerlangan di dalam organisasi.
- Perlu peka menjadi teladan kepada ahlinya dan memperkukuhkan amalan serta budaya cemerlang.
- Pemimpin perlu merangka panduan nilai dan etika supaya dapat membawa organisasi ke arah mencapai matlamat kecemerlangan yang diinginkan.
- Pemimpin memainkan peranan utama dalam pengurusan organisasi untuk mencapai matlamat.
4.
Kesilapan dalam kepimpinan
- Adalah suatu kesilapan sekiranya seseorang pemimpin itu melibatkan diri secara langsung dengan perkara-perkara yang sepatutnya menjadi tanggungjawab orang di bawahnya. Ini menyebabkan mereka kurang menghormatinya.
- Mengeluarkan arahan yang tidak dijelaskan terlebih dahulu. Cara yang paling sesuai ialah membincangkan setiap arahan yang ingin dikeluarkan terlebih dahulu dan meminta pendapat pendapat ahli kumpulan.
- Memaksa orang-orang bawahan untuk taat kepada seseorang pemimpin, kerana ini boleh menjejaskan inisiatif mereka.
KESIMPULAN
Selain peranan daripada faktor-faktor
lain dalam mencapai matlamat organisasi, kepimpinan karismatik merupakan unsur
dalaman yang menjadi faktor utama ke arah mencapai matlamat kecemerlangan organisasi.
Kejayaan organisasi bergantung kepada pemimpin yang menyelia dan memberi
perkhidmatan berkualiti dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam organisasi. Akhir
kata, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar
kepada kepintaran seseorang pemimpin.
LINK NOTA KEMAHIRAN GENERIK
LINK NOTA KEMAHIRAN GENERIK
- KEMAHIRAN INSANIAH
- PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK
- KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT
- KEMAHIRAN KEPIMPINAN
- AMALKAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan