Khamis, 28 September 2017

KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Image result for gambar orang berfikir



DEFINISI KEMAHIRAN GENERIK

    Kemahiran generik merupakan kemahiran yang perlu ada pada seseorang untuk berfungsi dengan berkesan pada kadar minima sewaktu melakukan pekerjaan mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang dimiliki
    Kemahiran generik atau lebih dikenali dengan nama kemahiran insaniah telah lama dibincangkan oleh para ilmuan dan penyelidik di serata dunia. Kemahiran ini berkembang melalui proses semulajadi seperti tumbesaran, kematangan dan penuaan.
    Selain itu, kemahiran ini juga ditakrifkan sebagai suatu kemahiran yang berunsurkan kecekapan dan keterampilan. Antara elemen-elemen yang terdapat dalam kemahiran generic ialah kemahiran hidup dan ianya diperlukan untuk kejayaan kerier dan peribadi. Kemahiran ini juga berupaya menyepaduakan kemahiran dan pengetahuan di alam pekerjaan.
   
FUNGSI KEMAHIRAN GENERIK

1.    kemahiran berfikir, bertindak, mengadaptasi, menyelesai masalah dan membuat keputusan
2.    kemahiran interpersonal dan berkomunikasi
3.    kemahiran ICT, multimedia dan kemahiran pengurusan maklumat
4.    kemahiran kepimpinan,
5.    kemahiran keusahawanan

    Dalam konteks pendidikan, kemahiran generic merupakan kemahiran utama yang diperlukan oleh setiap peajar untuk melaksanakan tugas dengan sempurna serta membolehkan pelajar melaksanakannya dalam pelbagai situasi, alam pekerjaan dan kehidupan seharian.
     Menurut Sharifah Hapsah (2005), jaminan kualiti di IPT adalah untuk memastikan graduan yang dilahirkan mempunyai kemahiran teknikal dan praktikal, profesional, kemahiran pengurusan pemikiran teknikal, kemahiran komunikasi dan kemahiran pengurusan maklumat serta pembelajaran sepanjang hayat.
     Kemahiran generik juga termasuklah kepada bakal para guru yang akan menjadi agen sosialisasi dalam masyarakat. Guru seharusnya mempunyai segala kemahiran generik yang bersesuaian dengan keperluan pendidikan masa kini selain ilmu pengetahuan berkaitan mata pelajaran yang diajar.
     Universiti Teknologi Malaysia (2007), juga telah mengariskan beberapa kemahiran asas yang perlu diterapkan atau diajarkan oleh guru kepada para pelajarnya termasuklah pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan yang bakal menjadi guru apabila tamat pengajian mereka. Antara kemahiran tersebut adalah;

- Kemahiran Berkomunikasi
- Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
- Kemahiran Kerja Berpasukan
- Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
- Etika dan Moral Profesional
- Kemahiran Kepimpinan  




KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Kemahiran ini amat penting kepada pelajar. Hal ini kerana, kemahiran ini merangkumi kebolehan untuk :
1. menyata
   Pelajar dapat mengemukakan pendapat mereka sendiri melalui penerangan atau pernyataan yang dijelaskan menggunakan teknik komunikasi tersebut kepada orang lain.
2. menghurai
    Pelajar boleh menghuraikan isi dan pandangan mereka terhadap suatu isu yang dibincangkan bagi memperolehi idea dan maklumat yang tepat
3. menjawab soalan
    Pelajar juga perlu menjawab soalan yang dikemukakan sebagai satu cabaran dan halangan bagi mendapatkan ilmu yang lebih berkualiti.
4. berucap
    Pelajar digalakkan berucap atau memberi ucapan di hadapan khalayak ramai bagi memupuk sifat berani dan yakin untuk menyampaikan sesuatu perkara.
5. menulis
   Pelajar perlu menulis perkara yang didengari melalui komunikasi yang berlangsung bagi mendapatkan isi penting. Pelajar juga digalakkan menuis dahulu teks atau skrip sebelum menyampaikan ucapan sebagai latihan agar tidak gagap atau mengatakan perkara yang tidak bersesuaian dengan topik.

Kesemua kebolehan ini diperlukan sebagai kemahirn asas bagi setiap individu atau pelajar.

KEMAHIRAN TEKNOLOGI

Kemahiran ini melibatkan penggunaan alat-alat teknologi, memahami dan menggunakan kaedah saintifik.

Kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh setiap individu ialah :
1. pemilihan prinsip-prinsip teknologi
2. menggunakan teknologi
3, memahami isu dalam teknologi
4. mengikut prosedur dan proses
5. mengendalikan alat teknologi
6. menyelenggara alat-alat teknologi
7. menggunakan sumber dengan cekap

Antara contoh dan kepentingan kemahiran pengurusan maklumat, ICT dan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah  :
1. penggunaan slide
   Menjimatkan masa kerana slide dapat disiapkan sebelum kelas bermula. Selain itu, dapat mengurangkan kerja guru untuk menulis di papan putih. Penggunaan slide juga dapat memberi pemahaman yang lebih jelas dengan adanya gambar dan dapat menarik minat pelajar melalui penggunaan warna dan lain-lain.
2. penggunaan komputer
   Komputer dapat memudahkan pelajar untuk mengekses maklumat yang diperlukan dalam menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru. Penerangan dalam tugaan pelajar juga lebih banyak dan tepat.
3 penggunaan laman sosial untuk pelajaran
   Sebagai contoh, penggunaan Edmodo dan Frog VLE dapat memudahkan kerja guru dan pelajar untuk memberi dan menghantar kerja mereka di laman sesawang tersebut. Proses pembelajaran juga dapat dilakukan di luar waktu sekolah.
4. penggunaan Microsoft (word, power point, excel dan lain-lain)

            

   Pelajar dan guru dapat menyelesaikan tugasan dalam bentuk yang lebig mudah dengan kemudahan Microsoft tersebut. Pegelasan data dapat disiapkan secara automatiknya dengan hanya menyenaraikan maklumat yang diperlukan. Kerja juga lebih kemas dan mengikut krateria yang diperlukan mengikut tugasan.

KEMAHIRAN BELAJAR

Kemahhiran belajar ialah kemahiran yang diperlukan sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung.

Kemahiran ini amat penting kerana dapat membantu pelajar :
1. fokus dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap proses P&P
2. membuat nota dengan baik dan ringkas
3. menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan
4. mengetahui cara untuk menjawab soalan

KEMAHIRAN MEMUDAH CARA

Kemahiran memudah cara merupakan kemahiran dalam mengelola dan merancang suatu aktiviti dengan sendiri. Ianya juga merangkumi penggunaan masa dan sumber yang diperlukan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, aktiviti di luar kelas, unit beruniform, peratuan, jawatankuasa dan lain-lain.

Dengan adanya emahiran ini, pelajar berupaya :
1. menentukan keutamaan dan mengawasi pencapaian diri
2. merancang dan mengelola aktiviti perkhemahan
3. mengadakan mesyuarat persatuan
4. menyertai pertandingan pidato, bahas dan melukis.

Kemahiran ini mampu memupuk sifat kepimpinan dalam diri pelajar untuk menjalankan atau mengetuai suatu aktiviti dengan kebolehan mereka sendiri. Hasil ataupun kesan daripada aktiviti tersebut dapat membuktikan dan menjadi tanda ukur bagi keberkesanan tugasan yang telah pelajar lakukan.
   Selain itu, melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, pelajar turut dapat mempelajari cara untuk menjayakan dan menggalas tanggungjawab yang diberi. Usaha yang berterusan diperlukan bagi memperolehi kejayaan yang diimpikan.

KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran ini merupakan kemahiran yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah dalam pelbagai cara dan situasi. Sebagai contoh, situasi yang memerlukan pemikiran kreatif dan pendekatan yang kreatif untuk mencapai suatu keputusan.

Antara kemahiran utama yang merangkumi kemahiran berfikir ialah :
1. mengenal pasti asalh
2. menganalisis masalah
3. memperolehi masalah
4. berfikir secara lateral dan kreatif
5. membuat pelbagai pilihan

KESIMPULAN

    Kesimpulannya, kesemua kemahiran generik yang diterangkan dapat membantu proses pembelajaran dan memberi banyak impak positif dengan adanya kepentingannya tersendiri. Sebagai seorang pelajar, kita perlulah menggunakan dan mengaplikasikan kesemua kemahiran ini dalam kehidupan bagi memudahkan tugas dan membantu kita mendapatkan pemahaman dengan lebih jelas.
    Kemahiran tersebut bukan sahaja menjurus kea rah proses pembelajaran malah ia turut merangkumi kesan dalam sifat dan etika pelajar sendiri. Oleh itu, belajar memerlukan kemahiran yang betul dan sesuai mengikut tempat, situasi dan masa.

RUJUKAN
  •    https://www.slideshare.net/TieyrahKecik/integrasi-kemahiran-generik-dalam-pp
  •   http://eprints.utm.my/10527/1/PENERAPAN_KEMAHIRAN_GENERIK_DALAM_PROSES_PENGAJARAN_DAN.pdf
  •    https://prezi.com/sitwse9qvdd6/kemahiran-generik/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PEMPROSESAN HAMPARAN KERJA