Khamis, 28 September 2017

PEMPROSESAN HAMPARAN KERJA

KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Image result for gambar orang berfikir



DEFINISI KEMAHIRAN GENERIK

    Kemahiran generik merupakan kemahiran yang perlu ada pada seseorang untuk berfungsi dengan berkesan pada kadar minima sewaktu melakukan pekerjaan mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang dimiliki
    Kemahiran generik atau lebih dikenali dengan nama kemahiran insaniah telah lama dibincangkan oleh para ilmuan dan penyelidik di serata dunia. Kemahiran ini berkembang melalui proses semulajadi seperti tumbesaran, kematangan dan penuaan.
    Selain itu, kemahiran ini juga ditakrifkan sebagai suatu kemahiran yang berunsurkan kecekapan dan keterampilan. Antara elemen-elemen yang terdapat dalam kemahiran generic ialah kemahiran hidup dan ianya diperlukan untuk kejayaan kerier dan peribadi. Kemahiran ini juga berupaya menyepaduakan kemahiran dan pengetahuan di alam pekerjaan.
   
FUNGSI KEMAHIRAN GENERIK

1.    kemahiran berfikir, bertindak, mengadaptasi, menyelesai masalah dan membuat keputusan
2.    kemahiran interpersonal dan berkomunikasi
3.    kemahiran ICT, multimedia dan kemahiran pengurusan maklumat
4.    kemahiran kepimpinan,
5.    kemahiran keusahawanan

    Dalam konteks pendidikan, kemahiran generic merupakan kemahiran utama yang diperlukan oleh setiap peajar untuk melaksanakan tugas dengan sempurna serta membolehkan pelajar melaksanakannya dalam pelbagai situasi, alam pekerjaan dan kehidupan seharian.
     Menurut Sharifah Hapsah (2005), jaminan kualiti di IPT adalah untuk memastikan graduan yang dilahirkan mempunyai kemahiran teknikal dan praktikal, profesional, kemahiran pengurusan pemikiran teknikal, kemahiran komunikasi dan kemahiran pengurusan maklumat serta pembelajaran sepanjang hayat.
     Kemahiran generik juga termasuklah kepada bakal para guru yang akan menjadi agen sosialisasi dalam masyarakat. Guru seharusnya mempunyai segala kemahiran generik yang bersesuaian dengan keperluan pendidikan masa kini selain ilmu pengetahuan berkaitan mata pelajaran yang diajar.
     Universiti Teknologi Malaysia (2007), juga telah mengariskan beberapa kemahiran asas yang perlu diterapkan atau diajarkan oleh guru kepada para pelajarnya termasuklah pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan yang bakal menjadi guru apabila tamat pengajian mereka. Antara kemahiran tersebut adalah;

- Kemahiran Berkomunikasi
- Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
- Kemahiran Kerja Berpasukan
- Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
- Etika dan Moral Profesional
- Kemahiran Kepimpinan  




KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Kemahiran ini amat penting kepada pelajar. Hal ini kerana, kemahiran ini merangkumi kebolehan untuk :
1. menyata
   Pelajar dapat mengemukakan pendapat mereka sendiri melalui penerangan atau pernyataan yang dijelaskan menggunakan teknik komunikasi tersebut kepada orang lain.
2. menghurai
    Pelajar boleh menghuraikan isi dan pandangan mereka terhadap suatu isu yang dibincangkan bagi memperolehi idea dan maklumat yang tepat
3. menjawab soalan
    Pelajar juga perlu menjawab soalan yang dikemukakan sebagai satu cabaran dan halangan bagi mendapatkan ilmu yang lebih berkualiti.
4. berucap
    Pelajar digalakkan berucap atau memberi ucapan di hadapan khalayak ramai bagi memupuk sifat berani dan yakin untuk menyampaikan sesuatu perkara.
5. menulis
   Pelajar perlu menulis perkara yang didengari melalui komunikasi yang berlangsung bagi mendapatkan isi penting. Pelajar juga digalakkan menuis dahulu teks atau skrip sebelum menyampaikan ucapan sebagai latihan agar tidak gagap atau mengatakan perkara yang tidak bersesuaian dengan topik.

Kesemua kebolehan ini diperlukan sebagai kemahirn asas bagi setiap individu atau pelajar.

KEMAHIRAN TEKNOLOGI

Kemahiran ini melibatkan penggunaan alat-alat teknologi, memahami dan menggunakan kaedah saintifik.

Kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh setiap individu ialah :
1. pemilihan prinsip-prinsip teknologi
2. menggunakan teknologi
3, memahami isu dalam teknologi
4. mengikut prosedur dan proses
5. mengendalikan alat teknologi
6. menyelenggara alat-alat teknologi
7. menggunakan sumber dengan cekap

Antara contoh dan kepentingan kemahiran pengurusan maklumat, ICT dan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah  :
1. penggunaan slide
   Menjimatkan masa kerana slide dapat disiapkan sebelum kelas bermula. Selain itu, dapat mengurangkan kerja guru untuk menulis di papan putih. Penggunaan slide juga dapat memberi pemahaman yang lebih jelas dengan adanya gambar dan dapat menarik minat pelajar melalui penggunaan warna dan lain-lain.
2. penggunaan komputer
   Komputer dapat memudahkan pelajar untuk mengekses maklumat yang diperlukan dalam menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru. Penerangan dalam tugaan pelajar juga lebih banyak dan tepat.
3 penggunaan laman sosial untuk pelajaran
   Sebagai contoh, penggunaan Edmodo dan Frog VLE dapat memudahkan kerja guru dan pelajar untuk memberi dan menghantar kerja mereka di laman sesawang tersebut. Proses pembelajaran juga dapat dilakukan di luar waktu sekolah.
4. penggunaan Microsoft (word, power point, excel dan lain-lain)

            

   Pelajar dan guru dapat menyelesaikan tugasan dalam bentuk yang lebig mudah dengan kemudahan Microsoft tersebut. Pegelasan data dapat disiapkan secara automatiknya dengan hanya menyenaraikan maklumat yang diperlukan. Kerja juga lebih kemas dan mengikut krateria yang diperlukan mengikut tugasan.

KEMAHIRAN BELAJAR

Kemahhiran belajar ialah kemahiran yang diperlukan sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung.

Kemahiran ini amat penting kerana dapat membantu pelajar :
1. fokus dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap proses P&P
2. membuat nota dengan baik dan ringkas
3. menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan
4. mengetahui cara untuk menjawab soalan

KEMAHIRAN MEMUDAH CARA

Kemahiran memudah cara merupakan kemahiran dalam mengelola dan merancang suatu aktiviti dengan sendiri. Ianya juga merangkumi penggunaan masa dan sumber yang diperlukan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, aktiviti di luar kelas, unit beruniform, peratuan, jawatankuasa dan lain-lain.

Dengan adanya emahiran ini, pelajar berupaya :
1. menentukan keutamaan dan mengawasi pencapaian diri
2. merancang dan mengelola aktiviti perkhemahan
3. mengadakan mesyuarat persatuan
4. menyertai pertandingan pidato, bahas dan melukis.

Kemahiran ini mampu memupuk sifat kepimpinan dalam diri pelajar untuk menjalankan atau mengetuai suatu aktiviti dengan kebolehan mereka sendiri. Hasil ataupun kesan daripada aktiviti tersebut dapat membuktikan dan menjadi tanda ukur bagi keberkesanan tugasan yang telah pelajar lakukan.
   Selain itu, melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, pelajar turut dapat mempelajari cara untuk menjayakan dan menggalas tanggungjawab yang diberi. Usaha yang berterusan diperlukan bagi memperolehi kejayaan yang diimpikan.

KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran ini merupakan kemahiran yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah dalam pelbagai cara dan situasi. Sebagai contoh, situasi yang memerlukan pemikiran kreatif dan pendekatan yang kreatif untuk mencapai suatu keputusan.

Antara kemahiran utama yang merangkumi kemahiran berfikir ialah :
1. mengenal pasti asalh
2. menganalisis masalah
3. memperolehi masalah
4. berfikir secara lateral dan kreatif
5. membuat pelbagai pilihan

KESIMPULAN

    Kesimpulannya, kesemua kemahiran generik yang diterangkan dapat membantu proses pembelajaran dan memberi banyak impak positif dengan adanya kepentingannya tersendiri. Sebagai seorang pelajar, kita perlulah menggunakan dan mengaplikasikan kesemua kemahiran ini dalam kehidupan bagi memudahkan tugas dan membantu kita mendapatkan pemahaman dengan lebih jelas.
    Kemahiran tersebut bukan sahaja menjurus kea rah proses pembelajaran malah ia turut merangkumi kesan dalam sifat dan etika pelajar sendiri. Oleh itu, belajar memerlukan kemahiran yang betul dan sesuai mengikut tempat, situasi dan masa.

RUJUKAN
  •    https://www.slideshare.net/TieyrahKecik/integrasi-kemahiran-generik-dalam-pp
  •   http://eprints.utm.my/10527/1/PENERAPAN_KEMAHIRAN_GENERIK_DALAM_PROSES_PENGAJARAN_DAN.pdf
  •    https://prezi.com/sitwse9qvdd6/kemahiran-generik/

Rabu, 27 September 2017

PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENDIDIKAN SASTERA

1.1 PENDAHULUAN
    Kemahiran generik merupakan satu kemahiran yang penting dan wajib diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kemahiran generik juga dikenali dengan kemahiran insaniah,modal insan,soft skills dan pelbagai istilah lain mengikut negara. Penerapan kemahiran generik dapat membantu pelajar meningatkan diri mereka dalam pelbagai aspek.

1.1 DEFINISI KEMAHIRAN GENERIK
    Kemahiran generik adalah kemahiran umum,kualiti,kebolehan dan trait yang harus dikuasai oleh seseorang untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya mereka. KPT (2006) telah mendefinisikan kemahiran insaniah merangkumi aspek-aspek kemahiran generik yang melibatkan elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai positif,kepimpinan,kerjasama berpasukan,komunikasi dan pembelajaran berterusan.

1.2 ELEMEN-ELEMEN KEMAHIRAN GENERIK

  •      Kemahiran Berkomunikasi
  •      Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
  •      Kemahiran Kerja Berpasukan
  •      Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
  •      Kemahiran Keusahawanan
  •      Etika dan Moral Profesional
  •       Kemahiran Kepimpinan

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI  
    Menurut Kamarudin Husin (2003),berkomunikasi adalah proses memberi makna-makna tertentu dalam bentuk dua hala yang melibatkan interaksi minda melalui proses perbincangan,persembahan (presentation) dan perbahasan. Tujuan berkomunikasi adalah untuk berkongsi maklumat. Pelajar dapat kecekapan linguistik serta dapat berkomunikasi secara terancang melalui aktiviti-aktiviti perbincangan,persembahan dan seterusnya membantu pelajar memupuk keyakinan diri.

PEMIKIRAN KRITIS DAN PENYELESAIAN MASALAH
    Kebolehan menilai merupakan asas kepada pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah iaitu menilai idea, bukti cadangan, tindakan dan penyelesaian. Pelajar yang berfikir dengan kritis membuat penilaian sama ada hendak menerima sesuatu alasan itu sebagai munasabah; menggunakan kriteria atau nilai tara yang dipersetujui untuk menilai alasan berkenaan, menggunakan pelbagai strategi penaakulan dalam pelaksanaan kriteria atau standard tersebut dan mencari maklumat yang boleh dipercayai sebagai bukti yang menyokong keputusan yang dibuat. Tujuan mengajar pemikiran kritikal adalah supaya individu-individu boleh berfikir secara adil, objektif dan sentiasa jelas dan tepat dalam tindak tanduknya. Pelajar yang diajar berfikir secara kritis; belajar cara menyoal iaitu bila hendak menyoal dan jenis soalan yang hendak ditanya dan belajar bagaimana menaakul iaitu bila menggunakan penaakulan dan kaedah penaakulan yang hendak digunakan
(Fisher & Scriven, 1997).

KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN
    Kerja berpasukan merupakan satu cara kerjasama yang perlu diamalkan di sekolah pada masa kini untuk membantu meningkatkan keupayaan individu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kerja berpasukan boleh diterapkan dalam p&p melalui aktiviti berkumpulan dan aktiviti kokurikulum,persatuan dan kelab.

PEMBELAJARAN BERTERUSAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
    Pembelajaran berterusan melibatkan usaha belajar berdikari dalam pemerolehan kemahiran dan pengetahuan baru. Antaranya kemahirannya ialah kebolehan mencari dan mengurus maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber, kebolehan menerima idea baharu dan berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi serta kebolehan mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan ilmu.

KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
    Kemahiran keusahawanan melibatkan keupayaan untuk meneroka peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko (risk awareness), kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan.  Keterangan empat tahap kemahiran ini adalah kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan, kebolehan merangkan perancangan perniagaan, kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan serta kebolehan untuk bekerja sendiri.

ETIKA DAN MORAL PROFESIONAL
    Melibatkan kebolehan untuk mengamalkan standard moral yang tinggi dalam amalan profesional dan interaksi sosial antaranya ialah kebolehan memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan sosiobudaya dalam amalan professional, kebolehan menganalisis dan membuat keputusan dalam penyelesaian masalah berkaitan etika juga kebolehan mengamalkan sikap beretika, disamping mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.

KEMAHIRAN KEPIMPINAN
Menurut Husin @ Ibrahim Mamat,2007:

  • Kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir,merasa dan bertindak dengan cara-cara tertentu;
  • Kepimpinan ialah peranan kumpulan;
  • Kepimpinan bergantung pada kekerapan interaksi;
  • Kepimpinan lebih berkesann jika pengikut mempunyai nilai dan inspirasi yang sama dengan pemimpin.

Sebagai contoh,ketua dalam sesuatu kumpulan yang telah dilantik oleh guru akan menjadi tunjang dan pemimpin kepada rakan-rakan. Ahli kumpulan akan menyuarakan pendapat masing-masing tanpa rasa takut kerana perbincangan yang dilakukan adalah terdiri daripada kelompok mereka sendiri dan guru hanyalah berperanan sebagai fasilitator.

1.3 KESIMPULAN
Kepentingan penerapan kemahiran generik :

  • Kemahiran kerja berpasukan-tingkatkan kualiti kerja dan mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan
  • Kemahiran komunikasi-menyalurkan maklumat daripada guru kepada pelajar
  • Kemahiran kepimpinan-berkongsi maklumat antara pemimpin dengan orang bawahan
  • Kemahiran ICT-menggunakan perisian yang menarik dan mencabar

Hari ini,sekolah benar-benar menjadi agen pemangkin penjanaan modal insan cemerlang baik pihak pengurusan,akademik,pentadbiran,staf sokongan dan pelajar harus menghayati dan mengaplikasikan elemen kemahiran generik dengan bersungguh-sungguh agar kita boleh bersaing di peringkat global.

1.4 RUJUKAN

  • Ab. Aziz Yusof.2009.Pembangunan modal insan teras pendidikan negara. Sintok:Penerbit Universiti Utara Malaysia.
  • Husin @ Ibrahim Mamat.2007. Pemimpin Era Globalisasi.Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Mashitah Sulaiman.2008.Penerapan kemahiran kerja berpasukan dalam pengajaran dan pembelajaran kursus hubungan etnik:tinjauan awal dan pengalaman USIM. Prosiding Seminar Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial (SKIKS),Jil.1:363-376
  • https://prezi.com/m/sitwse9qvdd6/kemahiran -generik/ diakses pada 22 September 2017
  • https://www3.utem.edu.my/pbpi/index.php?option=com_content&task=view&id=161&Itemid=173&lang=malay


KEMAHIRAN GENERIK (KEMAHIRAN KEPIMPINAN)

 Image result for gambar kepemimpinan

     Kemahiran generik didefinisikan oleh Kearns (2001) sebagai kemahiran-kemahiran yang boleh digunakan merentasi sebilangan besar pekerjaan yang pelbagai. Ia bukan hanya merangkumi asas ketrampilan atau kemahiran asas malahan juga merangkumi kemahiran kognitif, personal dan interpersonal yang relevan dengan sesuatu pekerjaan. Kemahiran generik adalah kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan untuk mendapatkan, mengekalkan dan melakukan kerja dengan baik (Robinson, 2000).

      Manakala dalam penulisan Yahya (2002), yang menggunakan istilah kemahiran employabiliti adalah merujuk kepada kemahiran atau kualiti individu yang diperlukan oleh para majikan industri terhadap pekerja baru apabila mereka mula bekerja di sektor industri tersebut.

      Kemahiran generik adalah penting kerana pekerjaan pada hari ini memerlukan pekerja yang fleksibel, inisiatif dan berkebolehan untuk menyelesaikan tugas yang berbeza. Pekerja bukan lagi hanya melakukan kerja yang tertentu sahaja seperti dahulu tetapi mereka secara umumnya lebih kepada berorientasikan perkhidmatan, bermaklumat dan mempunyai kemahiran sosial yang menjadi semakin penting. Majikan sekarang pula memberikan fokus kepada perubahan, pengurangan kos, peningkatan produktiviti, pasaran baru, produk dan perkhidmatan (Australian Chamber of Commerce and Industry Council, 2002).
      Menurut Sharifah Hapsah (2005), jaminan kualiti di IPT adalah untuk memastikan graduan yang dilahirkan mempunyai kemahiran teknikal dan praktikal, profesional, kemahiran pengurusan pemikiran teknikal, kemahiran komunikasi dan kemahiran pengurusan maklumat serta pembelajaran sepanjang hayat. Jabatan Pendidikan Tinggi (2003) pula meletak standard bagi semua kurikulum dalam pendidikan tinggi di Malaysia harus mempunyai rekabentuk yang menerapkan kemahiran generik yang meliputi :
  •         kemahiran berfikir, bertindak, mengadaptasi, menyelesai masalah dan membuat keputusan 
  •         kemahiran interpersonal dan berkomunikasi 

  •         kemahiran ICT, multimedia dan kemahiran pengurusan maklumat

  •         kemahiran kepimpinan, 

  •        kemahiran keusahawanan

      Kemahiran generik yang disebutkan juga termasuklah kepada bakal para guru yang akan menjadi agen sosialisasi dalam masyarakat. Guru seharusnya mempunyai segala kemahiran generik yang bersesuaian dengan keperluan pendidikan masa kini di samping ilmu pengetahuan berkaitan matapelajaran yang diajar. Menurut Mok Soog Sang (2003), penggunaan dan penerapan kemahiran generik secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada penguasaan kemahiran pengintergrasiannya dengan kemahiran–kemahiran yang lain seperti kemahiran berfikir, kemahiran pemudahcaraan, kemahiran belajar, kemahiran menilai dan menaksir dalam pengajaran, dan tidak kurang pentingnya kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.

            Salah satu eleman kemahiran generik ialah kemahiran kepimpinan. Menurut Husin @ Ibrahim Bin Mamat kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, dan bertindak dengan cara- cara tertentu.


KEMAHIRAN KEPIMPINAN
  • Kemahiran kepimpinan melibatkan keupayaan untuk mengamalkan ciri kepimpinan dalam pelbagai aktiviti.
  • Berpengetahuan tentang teori asas kepimpinan.
  • Kebolehan untuk memimpin projek.
  • Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan.
  • Kebolehan untuk menyelia anggota pasukan


PEMIMPIN KARISMATIK

DEFINISI KARISMA
  • Daya penarik yang berupa sifat- sifat tertentu yang dimiliki oleh seseorang yang menjadikannya berupaya mempengaruhi orang lain.
  • Sebuah bentuk pengaruh yang bukan didasarkan pada tradisi atau otoriti formal tetapi lebih kepada persepsi pengikut bahawa pemimpin dianugerahkan dengan kualiti yang luar biasa (Max Weber, 1947).
  • Suatu hasil persepsi para pengikut yang dipengaruhi oleh kemampuan-kemampuan semulajadi dan perilaku daripada para pemimpin dalam konteks situasi kepemimpinan dan dalam keperluan individual mahupun kolektif para pengikut (Yukl, 1994:269).

JENIS- JENIS PEMIMPIN KARISMATIK
Pemimpin karismatik berasaskan kritik. Pendapat oleh Stephan P. Robbin (2000):
  • yakin diri
  • satu visi (menetapkan matlamat)
  • mempunyai keupayaan untuk menyampaikan visi
  • penegasan terhadap visi
  • sifat luar biasa
  • dianggap sebagai agen perubahan
  • sensitif terhadap persekitaran
  • menyelesaikan masalah secara luar norma


CIRI-CIRI PEMIMPIN KARISMATIK
 Image result for gambar perdana menteri
  •         Seorang pemimpin perlu mempunyai sifat nurturing in guidance iaitu sifat mendidik dan memberi panduan kepada pekerja.
  •          Kesalahan pekerja dalam tugasannya akan diperbetulkan oleh majikan.
  •          Pemimpin tidak harus mempunyai sikap menghukum sebaliknya memberi pengajaran kepada pekerja.
  •          Pekerja berasa selasa bekerja dengan majikan dan hal ini mendorong pekerja untuk lebih komited dalam tugasan.Keadaan ini menjamin kecemerlangan organisasi.
  •          Pemimpin berkebolehan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi organisasi termasuk masalah yang tidak diduga (leader must know what to do).
  •          Pemimpin mampu meramal masalah yang akan dihadapi oleh organisasi dan mempunyai strategi alternatif untuk menyelesaikan masalah.
  •          Pekerja meletakkan kepercayaan kepada pemimpin dalam mentadbir urus organisasi.
  •          Pekerja dan pemimpin bekerjasama dalam menangani masalah yang dihadapi organisasi, seterusnya dapat memperkasakan organisasi.
  •          Pemimpin perlu mempunyai keazaman yang tinggi dalam mencapai objektif organisasi.
  •          Hal ini mendorong pemimpin memikirkan pelbagai metode yang sesuai untuk merealisasikan matlamat organisasi.
  •          Pemimpin juga perlu kreatif dan inovatif dalam menghasilkan dasar yang mampu memajukan organisasi.
  •          Pekerja akan menyokong idea yang diketengahkan oleh pemimpin dan berusaha melaksanakan dasar ditetapkan.
  •          Merujuk kepada sifat pemimpin yang mempunyai nilai moral seperti budi baik, tidak angkuh.
  •          Pemimpin juga percaya kepada collective action iaitu yakin kepada tugas yang diberikan kepada pekerja.
  •          Sentralisasi kuasa- pekerja terlibat sama dalam proses membuat keputusan dimana cadangan yang diketengahkan oleh pekerja dipertimbangkan.
  •          Keputusan yang diperolehi lebih menguntungkan organisasi.


CIRI-CIRI PENTING LAIN BAGI SEORANG PEMIMPIN
1. Berpengetahuan
  •  Dalam menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan , seseorang pemimpin itu juga mestilah berpengetahuan.
  • Himpunan ilmu akan terikat untuk dipindahkan kepada pekerja-pekerja.
  • Contoh : berpengetahuan teknologi
  • Pemimpin boleh menghayati sesuatu kerja dengan penuh penjelasan tentang perilaku melakukannya, dan bukan semata-mata mampu melakukan kerja-kerja kompleks untuk pekerja-pekerja melakukannya.
  • Menggunakan akal kebijaksanaan.


2. Pendorong
  • Untuk merealisasikan kecemerlangan di dalam sesuatu organisasi, seseorang pemimpin perlu memberi dorongan kepada pekerjanya.
  • Sebagai usaha untuk memupuk pekerja melakukan kerja dengan cara terbaik
  •  Gelagat/ sikap yang ada pada pekerja boleh dikesan dan dikenalpasti oleh pemimpin.
  • Model oleh Abraham Maslow – “tingkat kehendak Maslow”: meletakkan manusia sebagai makhluk yang mempunyai peringkat tertentu.


3. Nilai dan etika
  • Untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi, seseorang pemimpin perlu mempunyai nilai dan etika- merumus, memperjelas and menghayati budaya kecemerlangan di dalam organisasi.
  • Perlu peka menjadi teladan kepada ahlinya dan memperkukuhkan amalan serta budaya cemerlang.
  • Pemimpin perlu merangka panduan nilai dan etika supaya dapat membawa organisasi ke arah mencapai matlamat kecemerlangan yang diinginkan.
  • Pemimpin memainkan peranan utama dalam pengurusan organisasi untuk mencapai matlamat.



4. Kesilapan dalam kepimpinan
  • Adalah suatu kesilapan sekiranya seseorang pemimpin itu melibatkan diri secara langsung  dengan perkara-perkara yang sepatutnya menjadi tanggungjawab orang di bawahnya. Ini menyebabkan mereka kurang menghormatinya.
  • Mengeluarkan arahan yang tidak dijelaskan terlebih dahulu. Cara yang paling sesuai ialah membincangkan setiap arahan yang ingin dikeluarkan terlebih dahulu dan meminta pendapat pendapat ahli kumpulan.
  •  Memaksa orang-orang bawahan untuk taat kepada seseorang pemimpin, kerana ini boleh menjejaskan inisiatif mereka.


KESIMPULAN
      Selain peranan daripada faktor-faktor lain dalam mencapai matlamat organisasi, kepimpinan karismatik merupakan unsur dalaman yang menjadi faktor utama ke arah mencapai matlamat kecemerlangan organisasi. Kejayaan organisasi bergantung kepada pemimpin yang menyelia dan memberi perkhidmatan berkualiti dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam organisasi. Akhir kata, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin.

LINK NOTA KEMAHIRAN GENERIK



PEMPROSESAN HAMPARAN KERJA