KEMAHIRAN BELAJAR GKB 1053
Siswa pendidik PPISMP PAI Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
Khamis, 28 September 2017
KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DEFINISI KEMAHIRAN GENERIK
Kemahiran generik
merupakan kemahiran yang perlu ada pada seseorang untuk berfungsi dengan
berkesan pada kadar minima sewaktu melakukan pekerjaan mengikut
kemahiran-kemahiran khusus yang dimiliki
Kemahiran generik atau
lebih dikenali dengan nama kemahiran insaniah telah lama dibincangkan oleh para
ilmuan dan penyelidik di serata dunia. Kemahiran ini berkembang melalui proses
semulajadi seperti tumbesaran, kematangan dan penuaan.
Selain itu, kemahiran ini
juga ditakrifkan sebagai suatu kemahiran yang berunsurkan kecekapan dan
keterampilan. Antara elemen-elemen yang terdapat dalam kemahiran generic ialah
kemahiran hidup dan ianya diperlukan untuk kejayaan kerier dan peribadi.
Kemahiran ini juga berupaya menyepaduakan kemahiran dan pengetahuan di alam
pekerjaan.
FUNGSI KEMAHIRAN GENERIK
1.
kemahiran berfikir,
bertindak, mengadaptasi, menyelesai masalah dan membuat keputusan
2.
kemahiran
interpersonal dan berkomunikasi
3.
kemahiran ICT,
multimedia dan kemahiran pengurusan maklumat
4.
kemahiran
kepimpinan,
5.
kemahiran
keusahawanan
Dalam konteks pendidikan, kemahiran generic merupakan kemahiran utama
yang diperlukan oleh setiap peajar untuk melaksanakan tugas dengan sempurna
serta membolehkan pelajar melaksanakannya dalam pelbagai situasi, alam
pekerjaan dan kehidupan seharian.
Menurut Sharifah Hapsah
(2005), jaminan kualiti di IPT adalah untuk memastikan graduan yang dilahirkan
mempunyai kemahiran teknikal dan praktikal, profesional, kemahiran pengurusan
pemikiran teknikal, kemahiran komunikasi dan kemahiran pengurusan maklumat
serta pembelajaran sepanjang hayat.
Kemahiran generik juga
termasuklah kepada bakal para guru yang akan menjadi agen sosialisasi dalam
masyarakat. Guru seharusnya mempunyai segala kemahiran generik yang bersesuaian
dengan keperluan pendidikan masa kini selain ilmu pengetahuan berkaitan mata pelajaran
yang diajar.
Universiti Teknologi
Malaysia (2007), juga telah mengariskan beberapa kemahiran asas yang perlu
diterapkan atau diajarkan oleh guru kepada para pelajarnya termasuklah
pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan yang bakal menjadi guru apabila tamat
pengajian mereka. Antara kemahiran tersebut adalah;
- Kemahiran Berkomunikasi
- Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
- Kemahiran Kerja Berpasukan
- Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
- Etika dan Moral Profesional
- Kemahiran Kepimpinan
KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Kemahiran ini amat penting kepada pelajar. Hal ini kerana,
kemahiran ini merangkumi kebolehan untuk :
1. menyata
Pelajar dapat mengemukakan
pendapat mereka sendiri melalui penerangan atau pernyataan yang dijelaskan
menggunakan teknik komunikasi tersebut kepada orang lain.
2. menghurai
Pelajar boleh
menghuraikan isi dan pandangan mereka terhadap suatu isu yang dibincangkan bagi
memperolehi idea dan maklumat yang tepat
3. menjawab soalan
Pelajar juga perlu
menjawab soalan yang dikemukakan sebagai satu cabaran dan halangan bagi
mendapatkan ilmu yang lebih berkualiti.
4. berucap
Pelajar digalakkan
berucap atau memberi ucapan di hadapan khalayak ramai bagi memupuk sifat berani
dan yakin untuk menyampaikan sesuatu perkara.
5. menulis
Pelajar perlu menulis
perkara yang didengari melalui komunikasi yang berlangsung bagi mendapatkan isi
penting. Pelajar juga digalakkan menuis dahulu teks atau skrip sebelum
menyampaikan ucapan sebagai latihan agar tidak gagap atau mengatakan perkara
yang tidak bersesuaian dengan topik.
Kesemua kebolehan ini diperlukan sebagai kemahirn asas bagi setiap
individu atau pelajar.
KEMAHIRAN TEKNOLOGI
Kemahiran ini melibatkan penggunaan alat-alat teknologi, memahami
dan menggunakan kaedah saintifik.
Kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh setiap individu ialah :
1. pemilihan prinsip-prinsip teknologi
2. menggunakan teknologi
3, memahami isu dalam teknologi
4. mengikut prosedur dan proses
5. mengendalikan alat teknologi
6. menyelenggara alat-alat teknologi
7. menggunakan sumber dengan cekap
Antara contoh dan kepentingan kemahiran pengurusan maklumat, ICT
dan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah :
1. penggunaan slide
Menjimatkan masa kerana
slide dapat disiapkan sebelum kelas bermula. Selain itu, dapat mengurangkan
kerja guru untuk menulis di papan putih. Penggunaan slide juga dapat memberi
pemahaman yang lebih jelas dengan adanya gambar dan dapat menarik minat pelajar
melalui penggunaan warna dan lain-lain.
2. penggunaan komputer
Komputer dapat memudahkan
pelajar untuk mengekses maklumat yang diperlukan dalam menyelesaikan tugasan
yang diberi oleh guru. Penerangan dalam tugaan pelajar juga lebih banyak dan
tepat.
3 penggunaan laman sosial untuk pelajaran
Sebagai contoh, penggunaan
Edmodo dan Frog VLE dapat memudahkan kerja guru dan pelajar untuk memberi dan
menghantar kerja mereka di laman sesawang tersebut. Proses pembelajaran juga
dapat dilakukan di luar waktu sekolah.
4. penggunaan Microsoft (word, power point, excel dan lain-lain)
KEMAHIRAN BELAJAR
Kemahhiran belajar ialah kemahiran yang diperlukan sewaktu proses
pembelajaran dan pengajaran berlangsung.
Kemahiran ini amat penting kerana dapat membantu pelajar :
1. fokus dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap proses
P&P
2. membuat nota dengan baik dan ringkas
3. menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan
4. mengetahui cara untuk menjawab soalan
KEMAHIRAN MEMUDAH CARA
Kemahiran memudah cara merupakan kemahiran dalam mengelola dan
merancang suatu aktiviti dengan sendiri. Ianya juga merangkumi penggunaan masa
dan sumber yang diperlukan untuk menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran, aktiviti di luar kelas, unit beruniform, peratuan, jawatankuasa
dan lain-lain.
Dengan adanya emahiran ini, pelajar berupaya :
1. menentukan keutamaan dan mengawasi pencapaian diri
2. merancang dan mengelola aktiviti perkhemahan
3. mengadakan mesyuarat persatuan
4. menyertai pertandingan pidato, bahas dan melukis.
Kemahiran ini mampu memupuk sifat kepimpinan dalam diri pelajar
untuk menjalankan atau mengetuai suatu aktiviti dengan kebolehan mereka
sendiri. Hasil ataupun kesan daripada aktiviti tersebut dapat membuktikan dan
menjadi tanda ukur bagi keberkesanan tugasan yang telah pelajar lakukan.
Selain itu, melalui
aktiviti-aktiviti yang dijalankan, pelajar turut dapat mempelajari cara untuk
menjayakan dan menggalas tanggungjawab yang diberi. Usaha yang berterusan
diperlukan bagi memperolehi kejayaan yang diimpikan.
KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran ini merupakan kemahiran yang diperlukan untuk
menyelesaikan masalah dalam pelbagai cara dan situasi. Sebagai contoh, situasi
yang memerlukan pemikiran kreatif dan pendekatan yang kreatif untuk mencapai
suatu keputusan.
Antara kemahiran utama yang merangkumi kemahiran berfikir ialah :
1. mengenal pasti asalh
2. menganalisis masalah
3. memperolehi masalah
4. berfikir secara lateral dan kreatif
5. membuat pelbagai pilihan
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kesemua
kemahiran generik yang diterangkan dapat membantu proses pembelajaran dan
memberi banyak impak positif dengan adanya kepentingannya tersendiri. Sebagai
seorang pelajar, kita perlulah menggunakan dan mengaplikasikan kesemua
kemahiran ini dalam kehidupan bagi memudahkan tugas dan membantu kita
mendapatkan pemahaman dengan lebih jelas.
Kemahiran tersebut bukan
sahaja menjurus kea rah proses pembelajaran malah ia turut merangkumi kesan
dalam sifat dan etika pelajar sendiri. Oleh itu, belajar memerlukan kemahiran
yang betul dan sesuai mengikut tempat, situasi dan masa.
RUJUKAN
- https://www.slideshare.net/TieyrahKecik/integrasi-kemahiran-generik-dalam-pp
- http://eprints.utm.my/10527/1/PENERAPAN_KEMAHIRAN_GENERIK_DALAM_PROSES_PENGAJARAN_DAN.pdf
- https://prezi.com/sitwse9qvdd6/kemahiran-generik/
Rabu, 27 September 2017
PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENDIDIKAN SASTERA
1.1 PENDAHULUAN
Kemahiran generik merupakan satu kemahiran yang penting dan wajib
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kemahiran
generik juga dikenali dengan kemahiran insaniah,modal insan,soft skills dan
pelbagai istilah lain mengikut negara. Penerapan kemahiran generik dapat
membantu pelajar meningatkan diri mereka dalam pelbagai aspek.
1.1 DEFINISI KEMAHIRAN GENERIK
Kemahiran generik adalah kemahiran umum,kualiti,kebolehan dan trait yang
harus dikuasai oleh seseorang untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya mereka.
KPT (2006) telah mendefinisikan kemahiran insaniah merangkumi aspek-aspek
kemahiran generik yang melibatkan elemen kognitif yang berkaitan dengan
kemahiran bukan akademik seperti nilai positif,kepimpinan,kerjasama
berpasukan,komunikasi dan pembelajaran berterusan.
1.2 ELEMEN-ELEMEN KEMAHIRAN GENERIK
- Kemahiran Berkomunikasi
- Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
- Kemahiran Kerja Berpasukan
- Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
- Kemahiran Keusahawanan
- Etika dan Moral Profesional
- Kemahiran Kepimpinan
KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
Menurut Kamarudin Husin (2003),berkomunikasi adalah proses memberi
makna-makna tertentu dalam bentuk dua hala yang melibatkan interaksi minda
melalui proses perbincangan,persembahan (presentation) dan perbahasan. Tujuan
berkomunikasi adalah untuk berkongsi maklumat. Pelajar dapat kecekapan
linguistik serta dapat berkomunikasi secara terancang melalui aktiviti-aktiviti
perbincangan,persembahan dan seterusnya membantu pelajar memupuk keyakinan
diri.
PEMIKIRAN KRITIS DAN PENYELESAIAN MASALAH
Kebolehan menilai merupakan asas kepada pemikiran kritis dan
menyelesaikan masalah iaitu menilai idea, bukti cadangan, tindakan dan penyelesaian.
Pelajar yang berfikir dengan kritis membuat penilaian sama ada hendak menerima
sesuatu alasan itu sebagai munasabah; menggunakan kriteria atau nilai tara yang
dipersetujui untuk menilai alasan berkenaan, menggunakan pelbagai strategi
penaakulan dalam pelaksanaan kriteria atau standard tersebut dan mencari maklumat
yang boleh dipercayai sebagai bukti yang menyokong keputusan yang dibuat.
Tujuan mengajar pemikiran kritikal adalah supaya individu-individu boleh berfikir
secara adil, objektif dan sentiasa jelas dan tepat dalam tindak tanduknya. Pelajar
yang diajar berfikir secara kritis; belajar cara menyoal iaitu bila hendak menyoal
dan jenis soalan yang hendak ditanya dan belajar bagaimana menaakul iaitu bila
menggunakan penaakulan dan kaedah penaakulan yang hendak digunakan
(Fisher & Scriven, 1997).
KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN
Kerja berpasukan merupakan satu cara kerjasama yang perlu diamalkan di
sekolah pada masa kini untuk membantu meningkatkan keupayaan individu dan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kerja berpasukan boleh diterapkan
dalam p&p melalui aktiviti berkumpulan dan aktiviti kokurikulum,persatuan
dan kelab.
PEMBELAJARAN BERTERUSAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
Pembelajaran berterusan melibatkan usaha
belajar berdikari dalam pemerolehan kemahiran dan pengetahuan baru. Antaranya kemahirannya
ialah kebolehan mencari dan mengurus maklumat yang relevan daripada pelbagai
sumber, kebolehan menerima idea baharu dan berkeupayaan untuk pembelajaran
autonomi serta kebolehan mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan ilmu.
KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
Kemahiran keusahawanan melibatkan keupayaan
untuk meneroka peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko (risk
awareness), kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan dan
pekerjaan. Keterangan empat tahap kemahiran
ini adalah kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan, kebolehan merangkan
perancangan perniagaan, kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang
perniagaan dan pekerjaan serta kebolehan untuk bekerja sendiri.
ETIKA DAN MORAL PROFESIONAL
Melibatkan kebolehan untuk mengamalkan
standard moral yang tinggi dalam amalan profesional dan interaksi sosial
antaranya ialah kebolehan memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan sosiobudaya
dalam amalan professional, kebolehan menganalisis dan membuat keputusan dalam
penyelesaian masalah berkaitan etika juga kebolehan mengamalkan sikap beretika,
disamping mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.
KEMAHIRAN KEPIMPINAN
Menurut Husin @ Ibrahim Mamat,2007:
- Kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir,merasa dan bertindak dengan cara-cara tertentu;
- Kepimpinan ialah peranan kumpulan;
- Kepimpinan bergantung pada kekerapan interaksi;
- Kepimpinan lebih berkesann jika pengikut mempunyai nilai dan inspirasi yang sama dengan pemimpin.
Sebagai contoh,ketua dalam sesuatu
kumpulan yang telah dilantik oleh guru akan menjadi tunjang dan pemimpin kepada
rakan-rakan. Ahli kumpulan akan menyuarakan pendapat masing-masing tanpa rasa
takut kerana perbincangan yang dilakukan adalah terdiri daripada kelompok
mereka sendiri dan guru hanyalah berperanan sebagai fasilitator.
1.3 KESIMPULAN
Kepentingan penerapan kemahiran generik :
- Kemahiran kerja berpasukan-tingkatkan kualiti kerja dan mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan
- Kemahiran komunikasi-menyalurkan maklumat daripada guru kepada pelajar
- Kemahiran kepimpinan-berkongsi maklumat antara pemimpin dengan orang bawahan
- Kemahiran ICT-menggunakan perisian yang menarik dan mencabar
Hari ini,sekolah benar-benar menjadi
agen pemangkin penjanaan modal insan cemerlang baik pihak
pengurusan,akademik,pentadbiran,staf sokongan dan pelajar harus menghayati dan
mengaplikasikan elemen kemahiran generik dengan bersungguh-sungguh agar kita
boleh bersaing di peringkat global.
1.4 RUJUKAN
- Ab. Aziz Yusof.2009.Pembangunan modal insan teras pendidikan negara. Sintok:Penerbit Universiti Utara Malaysia.
- Husin @ Ibrahim Mamat.2007. Pemimpin Era Globalisasi.Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Mashitah Sulaiman.2008.Penerapan kemahiran kerja berpasukan dalam pengajaran dan pembelajaran kursus hubungan etnik:tinjauan awal dan pengalaman USIM. Prosiding Seminar Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial (SKIKS),Jil.1:363-376
- https://prezi.com/m/sitwse9qvdd6/kemahiran -generik/ diakses pada 22 September 2017
- https://www3.utem.edu.my/pbpi/index.php?option=com_content&task=view&id=161&Itemid=173&lang=malay
KEMAHIRAN GENERIK (KEMAHIRAN KEPIMPINAN)
Kemahiran generik didefinisikan oleh Kearns
(2001) sebagai kemahiran-kemahiran yang boleh digunakan merentasi sebilangan
besar pekerjaan yang pelbagai. Ia bukan hanya merangkumi asas ketrampilan atau
kemahiran asas malahan juga merangkumi kemahiran kognitif, personal dan
interpersonal yang relevan dengan sesuatu pekerjaan. Kemahiran generik adalah
kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan untuk mendapatkan, mengekalkan dan
melakukan kerja dengan baik (Robinson, 2000).
Manakala dalam penulisan Yahya (2002),
yang menggunakan istilah kemahiran employabiliti adalah merujuk kepada
kemahiran atau kualiti individu yang diperlukan oleh para majikan industri
terhadap pekerja baru apabila mereka mula bekerja di sektor industri tersebut.
Kemahiran generik adalah penting kerana
pekerjaan pada hari ini memerlukan pekerja yang fleksibel, inisiatif dan
berkebolehan untuk menyelesaikan tugas yang berbeza. Pekerja bukan lagi hanya
melakukan kerja yang tertentu sahaja seperti dahulu tetapi mereka secara
umumnya lebih kepada berorientasikan perkhidmatan, bermaklumat dan mempunyai
kemahiran sosial yang menjadi semakin penting. Majikan sekarang pula memberikan
fokus kepada perubahan, pengurangan kos, peningkatan produktiviti, pasaran
baru, produk dan perkhidmatan (Australian Chamber of Commerce and Industry
Council, 2002).
Menurut Sharifah Hapsah (2005), jaminan
kualiti di IPT adalah untuk memastikan graduan yang dilahirkan mempunyai
kemahiran teknikal dan praktikal, profesional, kemahiran pengurusan pemikiran
teknikal, kemahiran komunikasi dan kemahiran pengurusan maklumat serta
pembelajaran sepanjang hayat. Jabatan Pendidikan Tinggi (2003) pula meletak
standard bagi semua kurikulum dalam pendidikan tinggi di Malaysia harus
mempunyai rekabentuk yang menerapkan kemahiran generik yang meliputi :
- kemahiran berfikir, bertindak, mengadaptasi, menyelesai masalah dan membuat keputusan
- kemahiran interpersonal dan berkomunikasi
- kemahiran ICT, multimedia dan kemahiran pengurusan maklumat
- kemahiran kepimpinan,
- kemahiran keusahawanan
Kemahiran generik yang disebutkan juga
termasuklah kepada bakal para guru yang akan menjadi agen sosialisasi dalam
masyarakat. Guru seharusnya mempunyai segala kemahiran generik yang bersesuaian
dengan keperluan pendidikan masa kini di samping ilmu pengetahuan berkaitan
matapelajaran yang diajar. Menurut Mok Soog Sang (2003), penggunaan dan
penerapan kemahiran generik secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran
amat bergantung kepada penguasaan kemahiran pengintergrasiannya dengan
kemahiran–kemahiran yang lain seperti kemahiran berfikir, kemahiran
pemudahcaraan, kemahiran belajar, kemahiran menilai dan menaksir dalam
pengajaran, dan tidak kurang pentingnya kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi.
Salah satu eleman kemahiran generik
ialah kemahiran kepimpinan. Menurut Husin @ Ibrahim Bin Mamat kepimpinan ialah
perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa,
dan bertindak dengan cara- cara tertentu.
KEMAHIRAN
KEPIMPINAN
- Kemahiran kepimpinan melibatkan keupayaan untuk mengamalkan ciri kepimpinan dalam pelbagai aktiviti.
- Berpengetahuan tentang teori asas kepimpinan.
- Kebolehan untuk memimpin projek.
- Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan.
- Kebolehan untuk menyelia anggota pasukan
PEMIMPIN
KARISMATIK
DEFINISI
KARISMA
- Daya penarik yang berupa sifat- sifat tertentu yang dimiliki oleh seseorang yang menjadikannya berupaya mempengaruhi orang lain.
- Sebuah bentuk pengaruh yang bukan didasarkan pada tradisi atau otoriti formal tetapi lebih kepada persepsi pengikut bahawa pemimpin dianugerahkan dengan kualiti yang luar biasa (Max Weber, 1947).
- Suatu hasil persepsi para pengikut yang dipengaruhi oleh kemampuan-kemampuan semulajadi dan perilaku daripada para pemimpin dalam konteks situasi kepemimpinan dan dalam keperluan individual mahupun kolektif para pengikut (Yukl, 1994:269).
JENIS-
JENIS PEMIMPIN KARISMATIK
Pemimpin
karismatik berasaskan kritik. Pendapat
oleh Stephan P. Robbin (2000):
- yakin diri
- satu visi (menetapkan matlamat)
- mempunyai keupayaan untuk menyampaikan visi
- penegasan terhadap visi
- sifat luar biasa
- dianggap sebagai agen perubahan
- sensitif terhadap persekitaran
- menyelesaikan masalah secara luar norma
CIRI-CIRI
PEMIMPIN KARISMATIK
- Seorang pemimpin perlu mempunyai sifat nurturing in guidance iaitu sifat mendidik dan memberi panduan kepada pekerja.
- Kesalahan pekerja dalam tugasannya akan diperbetulkan oleh majikan.
- Pemimpin tidak harus mempunyai sikap menghukum sebaliknya memberi pengajaran kepada pekerja.
- Pekerja berasa selasa bekerja dengan majikan dan hal ini mendorong pekerja untuk lebih komited dalam tugasan.Keadaan ini menjamin kecemerlangan organisasi.
- Pemimpin berkebolehan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi organisasi termasuk masalah yang tidak diduga (leader must know what to do).
- Pemimpin mampu meramal masalah yang akan dihadapi oleh organisasi dan mempunyai strategi alternatif untuk menyelesaikan masalah.
- Pekerja meletakkan kepercayaan kepada pemimpin dalam mentadbir urus organisasi.
- Pekerja dan pemimpin bekerjasama dalam menangani masalah yang dihadapi organisasi, seterusnya dapat memperkasakan organisasi.
- Pemimpin perlu mempunyai keazaman yang tinggi dalam mencapai objektif organisasi.
- Hal ini mendorong pemimpin memikirkan pelbagai metode yang sesuai untuk merealisasikan matlamat organisasi.
- Pemimpin juga perlu kreatif dan inovatif dalam menghasilkan dasar yang mampu memajukan organisasi.
- Pekerja akan menyokong idea yang diketengahkan oleh pemimpin dan berusaha melaksanakan dasar ditetapkan.
- Merujuk kepada sifat pemimpin yang mempunyai nilai moral seperti budi baik, tidak angkuh.
- Pemimpin juga percaya kepada collective action iaitu yakin kepada tugas yang diberikan kepada pekerja.
- Sentralisasi kuasa- pekerja terlibat sama dalam proses membuat keputusan dimana cadangan yang diketengahkan oleh pekerja dipertimbangkan.
- Keputusan yang diperolehi lebih menguntungkan organisasi.
CIRI-CIRI
PENTING LAIN BAGI SEORANG PEMIMPIN
1.
Berpengetahuan
- Dalam menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan , seseorang pemimpin itu juga mestilah berpengetahuan.
- Himpunan ilmu akan terikat untuk dipindahkan kepada pekerja-pekerja.
- Contoh : berpengetahuan teknologi
- Pemimpin boleh menghayati sesuatu kerja dengan penuh penjelasan tentang perilaku melakukannya, dan bukan semata-mata mampu melakukan kerja-kerja kompleks untuk pekerja-pekerja melakukannya.
- Menggunakan akal kebijaksanaan.
2.
Pendorong
- Untuk merealisasikan kecemerlangan di dalam sesuatu organisasi, seseorang pemimpin perlu memberi dorongan kepada pekerjanya.
- Sebagai usaha untuk memupuk pekerja melakukan kerja dengan cara terbaik
- Gelagat/ sikap yang ada pada pekerja boleh dikesan dan dikenalpasti oleh pemimpin.
- Model oleh Abraham Maslow – “tingkat kehendak Maslow”: meletakkan manusia sebagai makhluk yang mempunyai peringkat tertentu.
3.
Nilai dan etika
- Untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi, seseorang pemimpin perlu mempunyai nilai dan etika- merumus, memperjelas and menghayati budaya kecemerlangan di dalam organisasi.
- Perlu peka menjadi teladan kepada ahlinya dan memperkukuhkan amalan serta budaya cemerlang.
- Pemimpin perlu merangka panduan nilai dan etika supaya dapat membawa organisasi ke arah mencapai matlamat kecemerlangan yang diinginkan.
- Pemimpin memainkan peranan utama dalam pengurusan organisasi untuk mencapai matlamat.
4.
Kesilapan dalam kepimpinan
- Adalah suatu kesilapan sekiranya seseorang pemimpin itu melibatkan diri secara langsung dengan perkara-perkara yang sepatutnya menjadi tanggungjawab orang di bawahnya. Ini menyebabkan mereka kurang menghormatinya.
- Mengeluarkan arahan yang tidak dijelaskan terlebih dahulu. Cara yang paling sesuai ialah membincangkan setiap arahan yang ingin dikeluarkan terlebih dahulu dan meminta pendapat pendapat ahli kumpulan.
- Memaksa orang-orang bawahan untuk taat kepada seseorang pemimpin, kerana ini boleh menjejaskan inisiatif mereka.
KESIMPULAN
Selain peranan daripada faktor-faktor
lain dalam mencapai matlamat organisasi, kepimpinan karismatik merupakan unsur
dalaman yang menjadi faktor utama ke arah mencapai matlamat kecemerlangan organisasi.
Kejayaan organisasi bergantung kepada pemimpin yang menyelia dan memberi
perkhidmatan berkualiti dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam organisasi. Akhir
kata, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar
kepada kepintaran seseorang pemimpin.
LINK NOTA KEMAHIRAN GENERIK
LINK NOTA KEMAHIRAN GENERIK
- KEMAHIRAN INSANIAH
- PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK
- KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT
- KEMAHIRAN KEPIMPINAN
- AMALKAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN
Langgan:
Catatan (Atom)
-
DEFINISI KEMAHIRAN GENERIK Kemahiran generik merupakan kemahiran yang perlu ada pada seseorang untuk berfungsi dengan berke...
-
1.1 PENDAHULUAN Kemahiran generik merupakan satu kemahiran yang penting dan wajib diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran...